Tuesday, April 11, 2017

Tekanan Darah Tinggi Dan Bagaimana Ianya Berlaku


Tekanan darah tinggi adalah berbeza bagi setiap individu. Antara faktor yang menjadikan tekanan darah menjadi tinggi adalah kerana budaya hidup yang kurang aktif, merokok, paras kolesterol tinggi, mengambil makanan yang tinggi kandungan garam dan juga keturunan. Selain itu berat badan yang berlebihan dan peningkatan umur juga menjadi antara punca penyakit darah tinggi.

Sebenarnya penting untuk kita menjalankan pemeriksaan berkala untuk mengetahui tahap tekanan darah kita berada ditahap normal atau sebaliknya. Kadang kala kurang tidur dan stres juga boleh menyumbang kepada berlakunya tekanan darah menjadi tinggi.

Seorang pesakit darah tinggi akan sering berasa tidak sihat. Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mentalnya.

Tanda-tanda awal penyakit darah tinggi adalah seperti sakit kepala, pening, penglihatan kabur, loya, muntah, sakit dada juga mudah semput.

Jika anda kerap mengalami tanda-tanda seperti di atas ataupun ada ahli keluarga yang mengalami tanda-tanda tersebut, eloklah membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan bahawa tekanan darah anda berada pada tahap yang normal.


Memang bahaya jika tekanan darah terlalu tinggi hingga tidak dapat dikawal kerana ia boleh menjadi penyebab kepada komplikasi penyakit yang lain seperti serangan jantung, angin ahmar atau strok, komplikasi mata (dimana boleh berlaku pendarahan dalam mata) dan juga komplikasi buah pinggang.

Jika pemeriksaan menunjukkan bacaan yang tinggi, maka langkah-langkah penjagaan awal perlu diutamakan seperti rajin bersenam, mula mengambil makanan yang seimbang dah sihat, mengurangkan pengambilan makan bergaram juga berkolesterol tinggi, berhenti merokok jika anda adalah seorang perokok dan berusaha untuk kurangkan berat badan jika berlebihan.

Alhamdulillah, walaupun saya tahu tekanan darah saya masih berada pada tahap yang normal, tapi saya tetap menjaga pemakanan saya bagi mengelak saya termasuk dalam golongan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi ini..


Kalau dulu saya mengamalkan memakan supplement Shaklee OmegaGuard untuk memastikan tekan darah dah tahap kolesterol saya rendah atau normal. 

Tapi kini saya telah beralih kepada pengambilan Shaklee Vivix kerana ianya lebih berkesan dan sangat terbaik.. 

Jika anda tergolong dalam kumpulan  yang berisiko terhadap tekanan darah tinggi, cubalah Shaklee OmegaGuard atau Shaklee Vivix, anda pasti teruja akan keberkesanannya dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda..


Nak cuba @ perlu khidmat nasihat..? Call @ Text saya +60197115995

1 comment:

  1. Kadyo's Online Casino 2021
    Kadyo is the newest online casino 온카지노 in Malaysia. It's established in 2018 and features all the septcasino best online casino 메리트 카지노 고객센터 games that are available

    ReplyDelete