Wednesday, April 19, 2017

Pengaruh Warna Dalam Kehidupan


Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dimana merah selalu dikaitkan dengan budaya Cina. Hijau pula dikaitkan dengan budaya keagamaan dalam islam. Puti melanbangkan kebersihan dan kesucian. Hitam menunjukkan elegan. Selain itu hitam juga boleh membawa maksud kemurungan dan kematian.

Warna juga boleh menjadi simbolik dalam sesuatu acara atau perkara. Sebagai contoh warna kuning selalu dikaitkan untuk golongan DiRaja dan kerabat. Akan tetapi warna kuning juga selalu menjadi simbolik dalam dunia persilatan.

Warna coklat misalnya, lebih ke arah sifat vernakular dan tradisional manakala warna yang pelbagai dan terang pula digunakan untuk sesuatu yang lebih moden dan futuristik. Di MAlaysia khususnya, rata-rata masyarakat agak gemar memilih warna yang pelbagai samaada dalam pemilihan warna kereta mahupun pakaian.



Warna memainkan pernanan menampakkan penampilan yang lebih bergaya dan elegen. Seharusnya kita memilih pakaian dengan warna yang bersesuaian dengan tubuh badan kita, agar kita kelihatan lebuh cantik dan menawan. Warna juga berperanan dalam menarik minat pasangan berlawanan ke arah kita selain menunjukkan penampilan imej yang bersih dan menawan.

Ramai diantara kita yang tahu  bahawa warna boleh membuatkan kita lebih yakin dengan diri sendiri dan juga membutkan kita sebaliknya sekiranya seseorang itu salah memilih warna yang sesuai untuk diri kita. Sebenarnya masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui bahawa warna yang dipakai mampu menarik perhatian atau minat seseorang yang mungkin kita tidak kenali.

Kita wajar melihat diri kita di cermin dengan warna baju yang dikenakan ke atas badan klita. Ada pendapat mengatak warna putih dan hitam adalah warna yang selamat dalam segi etika berpakaian. tetapi warna putih atau hitam juga boleh menenggelamkan seseorang dikhalayak ramai. Cara terbaik adalah minta pandangan pasangan anda, rakan atau kalau boleh daari pakar perunding imej bagi memilih warna dan fesyen yang bersesuaian dengan inej kegemaran kita.

Adalah sebaiknya warna di badan kita mestilah kurang daripada 3 warna. Pemilihan febrik yang sesuai dan mampu dipadankan dengan pelbagai aksoseri dan hiasan mampu menaikkan seri wajah dan ketrampilan seseorang. Pemilihan pakaian yang telalu mahal tidak semestinya menampakkan seseorang elegen tetapi pakaian yang sederhana dan sebagainya mampu merealisasikan impian seseorang untuk kelihatan lebih cantik dan menarik..

So, jangan pula ada yang pakai pakaian ala-ala badut datang ke pejabat hari ni ye.. 



No comments:

Post a Comment