Tuesday, April 11, 2017

Manjakan Mata Untuk Terus Nikmati Anugerah Terindah Ini

Tidak kira apa sahaja senaman yang kita buat semuanya adalah bagus untuk kesihatan.

Tidak terkecuali jika kita melakukan senaman mata. Ia bagus untuk menguatkan kesihatan mata seterusnya menjadikan penglihatan lebih jelas, kurang silau dan penglihatan kembali seperti baru.


Ada beberapa cara untuk melakukan senaman mata, antaranya adalah dengan Mengelipkan Mata. Berkelip mata selalunya senaman mata yang ramai orang terlepas pandang kerana ia terlalu mudah untuk dilakukan. Dengan berkelip mata ia mampu mengekalkan kesegaran mata dan dapat memberi sepenuh tumpuan untuk jangka masa yang panjang.

Caranya sangat mudah, setiap 3 - 4 saat pejamkan mata dan lakukan ia selama 2 minit.. Siap.. Mudah sangat kan.. Selepas selesai melakukan senaman mata ini, perhatikan rasa mata kita. Adakah anda rasa mata anda tegang, tenag atau letih..?


Selepas tu, cuba pula anda kelipakan mata selama 30 saat sekali dalam tempoh selama 2 minit. Adakah anda ada rasa perbezaannya..?

Sebenarnya setiapkali kita mengelip mata, kita tentunya akan berada dalam kegelapan dalam tempoh masa singkat yang mana ia banyak membantu untuk kita merehatkan mata daripada terus menyerap cahaya lantas ia mengurangkan ketegangan pada mata..


Cara lain adalah dengan menggunakan tapak tangan. Melakukan senaman ini akan mengurangkan rangsangan kepada mata dan otak. Untuk melakukan senama ni, anda harus duduk di kerusi dengan selesa dan gosokkan kedua-dua tengan anda bersama-sama sehingga terasa hangat kemudian tutup kedua-dua mata anda dengan tangan dan pastikan tiada cahaya yang boleh masuk menerusi jurang antara jari.

Ambil nafas dalam-dalam dan secara perlahan fikirkan sesuatu yang menyenangkan anda seperti pantai yang indah, tasik yang jernih atau gunung yang dingin.. heheheh dan ulang senaman ini selama 3 minit atau lebih..

Yang terakhir mungkin anda boleh cuba senaman dengan fokus pada objek yang jauh dan dekat. Ini juga merupakan senama yang mudah dan boeh dibuat pada bila-bila masa dan dimana jua.. Caranya sangat mudah samaada anda mahu duduk atau berdiri, ikut ar mana yang anda selesa.


Letakkan ibu jari di hadapan lebih kurang 10 inci daripada mata dan beri tumpuan pada jari, selepas itu tumpukan pula pandangan anda pada objek lain yang berada dalam 10 hingg 20 kaki di hadapan kita. Mudah kan..? Senaman ini hanya mengambil masa 2 atau 3 minit sahaja.

Bagi memastikan senaman anda itu berkesan, pola pemakan juga memainkan peranan penting untuk kesihatan mata.. Orang tua-tua kata, kalau nak mata sihat kena banyak makan lobak merah.. Betul ar tu, sebab lobak merah antara makan yang kaya dengan sifat anti-oksidan.


Sekarang ni lagi mudah dengan adanya Shaklee CarotoMax kerja penjagaan mata semudah ABC..



No comments:

Post a Comment