Tuesday, April 18, 2017

Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat


Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang yang gemuk.

Mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Keadaan ini lebiih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka lebih sihat kerana tidak gemuk.


Orang yang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, akan tetapi menjadi orang kurus dan tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Jika mahu kelihatan kurus, diet sudah mencukupi. Akan tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah merupakan komponen gaya hidup yang paling penting.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak memakan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam. Tetapi jumlah makanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Menjadi orang kurus tidak semestinya mereka kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko kepada serangan jantung.

Merekak yang memiliki jisim berat banan yang normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan.


Oleh yang demikian, untuk kelihatan kurus, sihat dengan berat badan yang normak, senaman dan pemakanan seimbang adalah penyelesaiannya..

No comments:

Post a Comment