Monday, January 9, 2017

Memori Pokok Chery..


Duluu zaman tu umur aku baru 10 tahun agaknya.. masa tu aku tinggal di kampung.Kampung Takis Papar. Aku suka sangat singgah rumah MAkcik aku yang seorang ni, nama glamour Babu Tijah. Sebab kat halaman rumah dia ada banyak pokok bunga, pokok buah dan macam-macam jenis pokok lagi lah.. Antara pokok yang aku suka adalah pokok chery.

Fizikalnya pokok chery ni rendah jek, mudah nak panjat dan kalau jatuh pun boleh senyum-senyum lagi ar..

Pokok Chery daun sampai ke lantai..

Kalau korang asal dari kampung aku pasti korang kenal benar dengan pokok chery ni..

Semalam tengah aku sibuk jadi mandur tunggu orang angkut lampu, terperasan pula ada pokok chery kat depan stor lampu tu.. emmm jom ar tinjau-tinjau kot ada buah yang boleh dituai..

Ini jek yang paling merah

Salah Fokus.. hahaha
Selepas 20 tahun lebih aku jumpa balik pokok ni dan dapat makan buahnya, Alhamdulillah..

Buah Chery
Jemput makan ye, buah tak banyak.. berkongsi dengan burung.. 

No comments:

Post a Comment