Monday, January 16, 2017

Ladang Lembu Di Kaki Gunung Kinabalu..

Enam bulan lepas kami sekeluarga bercuti di Sabah, asalnya aku nak balik ke kampung halaman menziarah kedua ibu bapa jek.. Mohon cuti rehat 14 hari untuk balik ke kampung.. Setahun sekali, kenalah mohon cuti panjang sikit.. Dah sampai kampung, apa plan..? takkan duduk kampung jek kan..!! So aku bawa isteri dan anak-anak pusing-pusing Pekan Kundasang di Daerah Ranau. Perjalanan menaiki kenderaan 2 jam setengah hingga 3 jam daripada Pekan Papar, ianya bergantung juga pada jenis kenderaan yang anda pandu.. Hari tu aku sewa kereta Perodua Axia untuk dipandu ke Pekan Kundasang..

Sebelum sampai ke Pekan Kundasang tu, ada banyak pekan yang aku kena lalui.. Dari Pekan Papar - Pekan Kinarut - Pekan Putatan - Pekan Petagas - Pekan Tanjung Aru - Bandaraya Kota Kinabalu - Pekan Inanam - Pekan Telipok - Pekan Tamparuli - Pekan Nabalu - Pekan Kundasang dan akhir sekali adalah Pekan Ranau.. So, macam mana bersediakah anda untuk memandu melalui pekan-pekan ini..? Laluan agak biasa dan tentunya bukan lebuhraya, Negeri yang kaya dengan hasil hutan tapi pembangunan yang agak terkebelakang.. Dimana silapnya..? Ahli Politik Negeri Sabah tentu ada jawapannya.. hehehe

Jau perjalanan, luas permandangan..
Sesampainya di Pekan Ranau, lokasi pertama adalah KFC.. hahahah anak-anak dah lapar.. Kenyang perut kita sambung perjalanan ke Kolam Air Panas Poring.. Aku pun tak ingat kail terakhir aku sampai kesini bila.. Agaknya tahun 2009 atau 2010.. 

Dulu sekitar tahun 2009/2010... tapi batu tempat kami duduk tu masih ada hingga ke hari ini..
Lokasi pertama, Kolam Air Panas Poring..
Kalau dah sampai kolam, mestilah budak-budak tu nak terjun dalam air kan..! So, refresh kat sini 30 minit lepas tu ada lokasi lain untuk diterokai.. Tempat ni dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 6 petang dan ada bayaran masuk yang dikenakan, untuk Warganegara Malaysia bayar masuk bermula dari RM1 - RM3 dan untuk Bukan Warganegara pula bermula dari RM10 -RM15..

Selain Kolam Air Panas, disini juga ada Kebun Rama-Rama, Laluan Kanopi, Taman Tropika dan banyak lagi.. Jom berkunjung ke Ranau..

Ok, selesai urusan di Kolam Air Panas kita bergerak ke Tagal Sungai Moroli Kg. Luanti pula.. Tagal.? Korang jangan tanya aku apa maksud TAGAL.. korang ikut jek..

Tempat ni kat tepi jalan jek, Orang Sabah bilang "Di Siring Jalan Sija Ini Tempat"
Kalau berani, cubalah masuk.. heheheh
Aktiviti di sini cuma kita tengok ikan dan ikan tengok kita.. hahahah.. Nak bagi makan ikan pun boleh, nak mandi manda dengan ikan pun boleh.. Nak tangkap ikan bawa balik kena tanya Penjaga Sungai.. heheheh Di sini pun dikenakan bayaran untuk masuk sama seperti di Kolam Air Panas Poring tadi dan waktu operasi bermula 830 pagi hingga 5 petang.. Kalau nak lagi best datang time lunch sekitar pukul 12 tengahari hingga 2 petang, ikan-ikan sangat lapar waktu tu, baru ar seronak nak suap makanan ke mulut ikan..

Memandngkan hari dah agak lewat, so kita teruskan perjalanan ke lokasi ketiga kita hari ni.. iaitu Ladang Lembu atau Desa Dairy Farm.. Ada apa kat situ, tentunya ada lembu.. hahah

Abang Muq sayang kat Lembu Batu ni..
Ada apa di sebalik awan..?
Misi untuk meninjau puncak Gunung Kinabalu dari jarak yang paling dekat gagal petang ni.. Jadi apa yang kita boleh buat adalah.... tengok lembu makan rumput kat padang ragut jek ar nampaknya.. 

Kakak Qisya buat bunyi lembu.. Moooooo...
Sebenarnya ada banyak aktiviti boleh dibuat disini, selain tengok lembu meragut rumput di padang ragut, kita boleh tengok proses memerah susu lembu dan aktiviti bersama degan lembu.. 

Yang nampak cuma lembu hitam dibalik rumput..
Selamat Datang katanya..
Sejuk sebenarnya.. hehehe
Taman di Desa Dairy Farm
Di Pusat Pemerahan Susu

Selesai hari pertama di Pekan Kundasang yang berakhir di Desa Dairy Farm, so kita balik ke rumah tumpangan di bawah tu jek.. 5 minit menuruni  bukit yang curam dengan berkereta..

Hari kedua di Pekan Kundasang, Misi hari ni adalah untuk mencerap puncak Gunung Kinabalu.. Seawal pagi yang pastinya sejuk, anak-anak dah siap sedia untuk jelajah hari kedua.. Buka-buka mata terus nampak puncak Gunung.. So, Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia ditutup awan.. heheheh..

Belum cukup dekat ni..
Dah nampak dari jauh, apa kata kita pergi dekat.. jom naik kereta mencerap Puncak Gunung Kinabalu..

Kak Qisya dan Gunung Kinabalu
Tiga Beradik Abg Iqi, Kak Qisya & Abg Muq
Haaa ini kami 5 Beranak.. Siap pula yang ambil gambar kami ni..?
Petang semalam kita dah masuk dalam ladang, pagi ni kita duduk tepi pagar masuk jek.. Sebabnya ladang tak buka lagi.. heheh awal betul kami sampai ke sini demi memenuhi hajat isteri nak tengok Gunung Kinabalu dari jarak paling dekat dan menarik..

Ok, kita dah tengok Gunung tapi belum sampai ke kakinya lagi.. Apa kata kita ke kaki gunung pula, terletak lebih kurang 10km dari sini. Namanya Kinabalu Park. Disinilah tempat bermulanya untuk para pendaki mendaki Gunung Kinabalu dan lebih selamat.

Selamat Mendaki semuanya..
Summit Trail.. Dari Dulu Kini Dan Selamanya..
Kedatangan aku ke sini kali ni sebagai pelawat, bukannya pendaki.. Pendakian terakhir adalah sekita tahun 2000.. 17 tahun berlalu, bilalah agaknya aku nak mendaki Gunung kinabalu lagi ni..? emmm.. Ambil mood dulu ar kalau macam ni, dah sampai kaki gunung tapi tak dapat mendaki.. Rasa macam nak nangis..

Disilah tempat bermula..
Di atas pondok ni ada pelantar disediakan untuk orang-orang yang datang macam kami hari ni, bukan untuk mendaki tapi hanya untuk dekat dengan alam. Apa yang menariknya sekarang kami berada di pintu masuk ke Kaki Gunung Kinabalu.. 

Bermain dengan sang Tupai..
Pagi ni ada seekor sang Tupai jek, yang lain masih tidur agaknya..
Nampaknya matahari dah semakin meninggi, perutpun dah semakin lapar. Sebelum berangkat balik ke kampung di Pekan Papar, kaim pusing-pusing pasar sayur di Pekan Kundasang buat bekalan balik ke kampung.. hehehh Selamat tinggal Pekan Kundasang..



  





No comments:

Post a Comment