Sunday, March 30, 2014

Cinta Adda Alayia.. Kenapa Menyepi..?

Dah penghujung bulan March rupanya, kalau dikirakan dari February 2011 hingga March 2014 lebih kurang 2 tahun.. Woooo lama rupanya aku x update apa-apa entry kat sini.. Aku sibuk uruskan kerja pejabat agaknya.. Maklumlah Penjawat Awam macam aku ni sibuknya bermusim.. Sekarang ni musim dingin, ada kerja terasa macam tak ada kerja.. Tapi apa yang penting sekali aku akan tetap datang ke pejabat ni walaupun hanya sekadar membelek-belek fail projek..

Mungkin situasi ini juga yang mendorong aku untuk terus "Berkarya".. hahaha banyaknya Karya aku tapi satu pun tak pernah aku terbitkan.. Biarlah sekadar untuk tatapan & bacaan aku sendiri.. Mungkin juga Karya Agung tu agak peribadi.. So, jangan lah mengharap akan aku terbitkan disini..

Seawal pukul 8.05 pagi, (hari ni lewat sikit jek sampai pejabat, punch card dalam pukul 7.59 pagi.. biasnya 15 minit sebelum pukul 8 aku dah sampai pejabat.. nak dijadikan cerita, pagi tadi sangkut kat jalan sebab ada kemalangan teruk..) masih termenung menatap Screen PC menunggu ilham.. Akhirnya sampai kesudah ilham tak sampai-sampai.. Emmm ini lah episod paling "Seronok" jika bergelar Penjawat Awan Kumpulan Sokongan..

Ada agenda besar sebenarnya hari ni, pukul 230 nt kena keluar pegi Meeting kat luar daerah.. tak ar jauh sangat, driving 45 minit sampai dah.. Meeting ni sepatutnya dibuat 2 tahun lepas.. Itu yang aku masih blur2 ni, kusut memikirkan kenapalah Meeting yang sepatutnya 2 tahun lepas nak dibuat hari ni.. tak apalah aku layankan jek.. Aku Yang Menurut Perintah..

Nak leraikan kekusutan, hari ni dari pagi tadi aku layan lagu Pak Arab Ehad Tawfik.. Antara lagu best Ehad ni Adda Alayia.. Tak berapa faham sangat, mungkin sebab music & melody dia yang boleh buat aku relax..

No comments:

Post a Comment